Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“It’s A Girl” – Katy Perry Bakal Dapat Anak Perempuan

today6 April 2020

Background

Penyanyi terkenal Hollywood, Katy Perry akhirnya mendedahkan bakal menimang anak perempuan selepas sebulan mengumumkan berita kehamilannya.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Perry di laman Instagram menerusi satu foto comot tunangnya, Orlando Bloom yang disaluti krim kek berwarna merah jambu dengan kapsyen “it’s a girl”.

https://www.instagram.com/p/B-i0HZ7HaFw/

Bayi perempuan yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak pertama bagi pelantun lagu Never Worn White itu dan kedua bagi Bloom.

Terdahulu, Bloom memiliki seorang anak lelaki bernama Flynn, 9, hasil perkahwinannya bersama model, Miranda Kerr.

Perry dan Bloom telah mengikat tali pertunangan pada 14 Februari 2019 selepas tiga tahun bercinta.

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *