“It’s A Girl” – Katy Perry Bakal Dapat Anak Perempuan
Jay
Penyanyi terkenal Hollywood, Katy Perry akhirnya mendedahkan bakal menimang anak perempuan selepas sebulan mengumumkan berita kehamilannya.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Perry di laman Instagram menerusi satu foto comot tunangnya, Orlando Bloom yang disaluti krim kek berwarna merah jambu dengan kapsyen “it’s a girl”.
Bayi perempuan yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak pertama bagi pelantun lagu Never Worn White itu dan kedua bagi Bloom.
Terdahulu, Bloom memiliki seorang anak lelaki bernama Flynn, 9, hasil perkahwinannya bersama model, Miranda Kerr.
Perry dan Bloom telah mengikat tali pertunangan pada 14 Februari 2019 selepas tiga tahun bercinta.