Imbas untuk muat turun aplikasi

ZAP

“It’s Time To Move On Bunga..” —Ibu Allahyarham Ashraf Sinclair

today23 July 2020

Background

Ibu kepada allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman baru-baru ini telah memuat naik sekeping foto bersama dengan kapsyen yang menyentuh hati di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, kehadiran cucunya Noah Aidan Sinclair dalam kehidupan adalah hadiah yang amat bermakna daripada Allah S.W.T.

“Segala perkara yang telah diajar oleh allahyarham Ashraf, ada pada Noah sekarang,”

Khadijah sempat menyatakan keyakinannya bahawa menantunya Bunga Citra Lestari atau BCL akan membesarkan Noah dengan baik, seperti bagaimana dia melakukannya ketika Ashraf masih hidup.

“Doa ibu agar Bunga dibimbing Allah S.W.T, terus kuat, gembira dan sentiasa berbakti (salah satu peninggalan yang sering dilakukan allahyarham Ashraf).

https://www.instagram.com/p/CC0EmIMBC9a/

Its time to take another step to move on..” tulis Khadijah.

Bagaimanapun ibunya menjelaskan bahawa mereka sekeluarga, rakan dan peminatnya akan sentiasa bersama penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan single terbaharu berjudul 12 Tahun Terindah pada 18 Julai lalu.

Terkini, selepas 4 hari di muat naik di laman YouTube, lagu berkenaan telah ditonton sebanyak lebih 10 juta kali selain mendapat reaksi yang positif daripada peminat di Indonesia dan Malaysia.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *