
PETALING JAYA: Adun Kota Damansara, Izuan Kasim mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PKR pada pemilihan parti akan datang.
Izuan yang juga ketua Pemuda PKR Selangor berkata, beliau menawarkan diri sebagai calon untuk penggal 2025-2028.
“Saya mohon sokongan dan dokongan rakan-rakan untuk bersama menggerakkan Pemuda PKR ke arah PRU16,” katanya dalam catatan Facebook.
Pada Julai 2024, FMT memetik sumber parti sebagai berkata, Pemuda PKR Selangor melalui rombakan kerana ketuanya (Izuan) mengintai jawatan tertinggi di peringkat pusat.
Pemimpin PKR yang enggan dinamakan itu berkata, rombakan berkenaan bagi mengukuhkan kedudukan Izuan menjelang pemilihan parti.
Sumber itu berkata, Izuan mungkin menyasarkan jawatan nombor dua di peringkat pusat, justeru timbalan baharu, Iman Haziq Hamizi, dilantik…