Untuk peminat setia karya tempatan yang terlepas peluang menonton filem J Revolusi di pawagam pada 2 Mac 2017, jangan risau sebab filem tersebut sudah tersedia di platform penstriman Netflix!
Berita tersebut dimaklumkan oleh pengedar filem berkenaan sendiri menerusi laman sosial rasmi Instagram Primeworks Studios baru-baru ini.
https://www.instagram.com/p/B4ZPkMDFVgI/
J Revolusi adalah sebuah filem aksi yang diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Infinitus Productions arahan Zulkarnain Azhar.
Filem yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil ini turut pernah berjaya membuat kutipan sebanyak RM6.5 juta sepanjang ditayangkan bermula 2 Mac 2017.
Filem ini mengisarkan tentang Jay Zulkarnain yang dilakokan oleh Zul Ariffin merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya sangat ditakuti oleh penjenayah kerana mereka sangat pakar apabila berdepan dengan golongan yang cekap membuat jenayah.
Konflik bermula ketika kakak kepada Jay, Dian yang dilakonkan oleh Nur Fazura, memgang watak sebagai seorang ejen telah ditangkap oleh pengganas misteri yang dikenali sebagai Andra lakonan Farid Kamil.
Sementara itu, Andra ialah ketua dalam satu kumpulan pengganas yang telah menghasilkan satu virus.
Tonton kesudahan filem aksi ini menerusi platform penstriman Netflix milik anda mulai hari ini!
Sumber daripada: Instagram Primeworks Studios
Post comments (0)