Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

“Jaga-Jaga” Kesinambungan Untuk Lagu Alalala Sayang

today17 November 2019

Background

Hello sayang, tengah buat apa? Eh, bukan nak mengorat tetapi itu sebenarnya salah satu lirik lagu Alalala Sayang nyanyian Azarra Band lah.

Siapa tak pernah dengar, jom layan seround video muzik lagu ini.

Amacam, layan kan? Sejak dilancarkan Februari lalu, video muzik Alalala Sayang meraih lebih 10 juta tontonan di laman YouTube dan lagu ini pun sudah semakin dikenali ramai.

Terbaru, band yang dianggotai oleh empat jejaka, Mohd Azrizal Aziz atau Ejai (vokalis), Mohd Hairol Azhar  atau Boy (drum), Mohd Hairul Azam Mohd Yasir atau Kid (gitaris) dan Mohd Fauzan Rofie (bass) itu akan menjalani penggambaran video muzik untuk single kedua berjudul Jaga-Jaga.

Menariknya, mereka akan berduet bersama kakak kepada penyanyi Tajul iaitu Baby Aca.

Jaga-Jaga dihasilkan pada tahun lalu berkisar mengenai permintaan untuk menjaga hati serta perasaan, selain merupakan kesinambungan bagi lagu Alalala Sayang. Nantikan!

Sumber: Harian Metro

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *