Ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19, nak keluar beli barang dapur pun takut sekarang ni.
Jika tidak mahu dijangkiti wabak itu, anda perlu lebih berhati-hati terutama ketua rumah yang perlu keluar seorang diri membeli barang keperluan.

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menerusi laman Instagram miliknya ada mengingatkan tiga perkara penting buat ketua rumah pada 2 April lalu.
https://www.instagram.com/p/B-dijy9pFo4/
Betul kata Sheila, aspek masa, jarak dan alat keselamatan diri amat penting untuk dijaga oleh seseorang individu ketika berada di luar rumah dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Jadi, jangan berjalan lenggang kangkung, berjalan rapat-rapat tanpa memakai mask okay!
Menerusi foto-foto yang dikongsikan Sheila juga, kelihatan penerbit drama Cindai itu mengutamakan keselamatan diri dengan memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika membeli barang dapur di sebuah pasar raya.
Good job, sis!
Post comments (0)