Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Jam Tangan Dihantar Ke Hong Kong Untuk Ukiran ‘Nota Pendek’ Antara Hantaran Mira Buat Emir

today4 September 2020

Background

Dengan sekali lafaz pada 3 September 2020, pelakon dan pengacara Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Anggun menggayakan busana kurung Pahang dari pereka fesyen terkenal, Mira dan Emir dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah salah satu hantaran istimewa daripada Mira kepada Emir.

Hantaran berkenaan adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada Emir  yang diukir di belakang jam tersebut.

Majlis yang dilangsungkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan itu turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.

Mira dan Emir mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada 4 September 2020 yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, 6 September dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *