Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan harap semua janji ditunai, PH kena ambil kira gabungan lain, rakyat diberitahu

today30 November 2022

Background



Penganalisis menjangkakan ikrar PH untuk mengecilkan saiz Jemaah Menteri mampu terlaksana. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis politik berpesan kepada rakyat agar tidak terlalu berharap Pakatan Harapan (PH) melaksanakan segala janji pilihan rayanya memandangkan gabungan itu berada dalam kerajaan perpaduan.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, jangkaan sedemikian tidak adil bagi PH, apabila mengambil kira kerajaan perpaduan itu turut melibatkan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Sukar bagi PH untuk menunaikan 100% 10 perkara dalam manifestonya kerana perlu juga berbincang dengan tiga gabungan berasingan,” katanya kepada FMT.

“PH perlu menangani isu Perjanjian Malaysia 1963 bagi negeri-negeri Borneo dan juga janji BN yang dibuat kepada penjawat awam, selain strategi dalam Bajet 2023.”

Bajet 2023 sebelum ini dibentangkan pada 7 Okt, membabitkan peruntukan keseluruhan RM372.3…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Samuel Chua


Previous post