Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi, kata Rapid Rail

today30 November 2022

Background



Rapid Rail berkata, semua operasi tren yang melalui stesen LRT Kerinchi beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.

PETALING JAYA: Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi malam ini, selepas kerja baik pulih komponen rosak selesai.

Pengendali perkhidmatan itu dalam kenyataan berkata, semua operasi tren yang melalui stesen LRT Kerinchi beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.

“Pasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terlibat.

“Rapid Rail sekali lagi ingin memohon maaf kepada pengguna di atas kesulitan yang dihadapi,” katanya.

Terdahulu, Rapid Rail memaklumkan Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang tiba-tiba teraktif, disambar petir menyebabkan tren dari kedua-dua arah tidak dapat melalui Stesen LRT Kerinchi pada 5.46 petang tadi.

Susulan itu, kekerapan perkhidmatan tren di beberapa stesen antara Kerinchi dan Ampang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post