Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Jangan Jadi Bangsa Tak Peduli” – Tiz Zaqyah Tegur Netizen

today9 June 2020

Background

Kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berkuat kuasa Rabu, 10 Jun ini.

Susulan itu, pelakon Tiz Zaqyah menasihati orang ramai yang bercadang untuk bercuti di kawasan pantai agar sentiasa menjaga kebersihan.

Perkara tersebut disuarakan menerusi laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun itu juga sempat berkongsi pengalamannya ketika bercuti di Tasik Dayang Bunting, Langkawi apabila mendapati tasik tumpuan pelancong itu kotor.

Lantas, teguran padu buat netizen itu mendapat pelbagai reaksi dengan rata-ratanya menyokong pendapat pelakon drama Nur Kasih itu.

Jom bersama kita jaga kebersihan alam sekitar. Practice makes perfect!

 

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *