Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Jangan Terlepas, JPJ Tawar Diskaun 70 Peratus Sempena Bulan Kemerdekaan

today28 July 2020

Background

Sempena dengan bulan kemerdekaan yang bakal kita sambut tidak lama lagi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata,

β€œTawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334),”

“Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta kaedah-kaedah dan perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.”

Malaysiakini - JPJ keluar lebih 1 juta saman dalam tempoh 10 bulan

Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta tersebut.

Dalam pada itu, pengurangan saman tersebut akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile. Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di laman rasmiΒ Jabatan Pengangkutan Jalan www.jpj.gov.my.

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *