
PETALING JAYA: Seorang ADUN di Sarawak menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak sebarang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan parti komponennya, PAS bagi membentuk kerajaan persekutuan kerana parti itu “pentaksub perkauman”.
Baru Bian yang juga bekas ketua PKR Sarawak berkata, Ahli Parlimen di negeri itu perlu mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Beliau merujuk “kenyataan tidak benar yang bahaya” untuk menghasut orang Islam menentang penganut Krisitian yang dikaitkan dengan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini, berhubung cubaan didakwa untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan.
“Orang Kristian di Sarawak menolak kenyataan ini dan kami tidak mahu (Pengerusi GPS, Abang Johari Openg) bekerjasama dengan PN dalam apa jua cara atau…