Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangkitan Covid-19 naik kepada 4,684 kes, 11 kematian

today7 August 2022

Background



Sebanyak 46,904 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 56 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 meningkat kepada 4,684 kes semalam berbanding 3,927 kes sehari sebelumnya.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding enam kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 4,679 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,705,824 kes dan 36,020 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 46,904 kes aktif Covid-19, termasuk 56 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.5% atau 45,264 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 28 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post