Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,977 kes, 6 kematian

today17 September 2022

Background



Terdapat 27,158 kes aktif Covid-19, termasuk 60 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,977 kes semalam berbanding 2,375 kes kelmarin.

Sebanyak enam kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding tiga kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,975 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,815,679 kes dan 36,305 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,158 kes aktif Covid-19, termasuk 60 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.4% atau 25,915 pesakit menjalani kuarantin di rumah, lima kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,178…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post