Ahad lalu, pelakon kelahiran Kedah Janna Nick diumumkan sebagai Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH 32 menewaskan emapat calon lain iaitu Alif Satar, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zizan Razak.
https://www.instagram.com/p/B2t5F08HzoP/
Bercerita tentang bagaimana Janna mengekalkan popularitinya dalam industri hiburan, kuncinya adalah dengan merebut semua peluang tanpa berkira soal bayaran.
“Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah demand dengan harga tawaran lakonan.
“Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah,” kata Janna.
Sementara itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku itu juga mengakui belum berpuas hati dengan prestasinya dalam bidang seni.
“Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.
“Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” ujar Janna lagi.
Teruskan usaha Janna! Bak kata omputeh “Practice makes perfect”.
Post comments (0)