Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JAS kesan 47 kontena sisa elektronik di Pelabuhan Klang

today4 March 2026

Background


JAS periksa 99 kontena di Pelabuhan Klang semalam dan hari ini, kesan 47 kontena mengandungi sisa elektronik. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan 47 kontena mengandungi sisa elektronik hasil pemeriksaan terhadap 99 kontena menerusi Operasi Bongkar Kontena Siri 1/2026 di Pelabuhan Klang, semalam dan hari ini.

Menurut JAS, operasi itu dijalankan susulan lawatan kerja Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup ke Pelabuhan Klang pada 28 Feb lepas bagi meninjau status penahanan kontena sisa elektronik.

“Sebanyak 45 kontena telah diperiksa semalam dan daripada jumlah itu, 40 kontena didapati mengandungi buangan terjadual dengan 22 dikenal pasti sebagai sisa elektronik.

“Dalam operasi hari ini, JAS memeriksa 54 kontena dan 32 daripadanya mengandungi buangan terjadual dengan 25 dikenal pasti sisa elektronik,” katanya dalam kenyataan.

JAS memaklumkan penguatkuasaan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam melindungi alam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post