Hot FM

Jawi tegur imam doa tambah isteri



Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata, ketua imam di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan itu membaca doa di luar teks doa yang ditetapkan. (Gambar Fscebook)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menegur ketua Imam kerana memimpin bacaan doa untuk dimurahkan rezeki dan menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan itu baru-baru ini.

Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lelaki yang memimpin bacaan doa itu adalah ketua imam di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan dan bacaan doa itu adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak penganjur.

“Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.

“Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugas supaya imej…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version