Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jayakan Karakter Sugar Mommy, Fasha Sandha Sedia Terima Kritikan

today15 September 2022

Background

Pelakon berkaliber Fasha Sandha mengakui telah bersiap sedia untuk menerima segala kecaman daripada Jabatan Netizen Malaysia (JNM) selepas melihat naskah skrip drama bersiri Rampas Cintaku yang penuh dengan babak ‘daring’ antara hero dan heroin.

Menerusi drama tersebut, Fasha pertama kali bakal membawa watak sebagai ‘sugar mommy’ yang dipanggil Datin Safieya, selaku isteri kepada Datuk Jefri lakonan aktor Zarul Husin.

Disoal mengenai cabaran membawa watak sugar mommy, Fasha berkata dia perlu bersikap sangat profesional sepanjang sesi penggambaran berlangsung di atas permintaan naskah skrip yang meminta mereka melakonkan adengan panas.

“Sebagai pelakon saya mengikut setiap permintaan naskah skrip tersebut. Pada saya kita perlu bersikap profesional dan menghormati sesama kita. Setiap kali ada babak panas, kami akan berbincang lebih mendalam serta meminta izin terlebih dahulu.

“Di dalam set penggambaran, saya adalah Datin Safieya namun apabila direktor kata ‘cut’, maka saya adalah isteri kepada suami tercinta, Aidil Aziz. Jadi setiap perkara kami akan berbincang untuk nampak setiap adengan panas itu real,” ujarnya.

Fasha yang teruja membawa watak sugar mommy ini turut tidak menafikan dirinya pasti akan menerima kritikan dan pandangan serong yang negatif daripada netizen di luar sana.

Namun aktor Khilaf Asmara ini menekankan erti profesionalisme dan memohon netizen untuk lebih membuka minda kerana ada pengajaran disebalik drama ini meskipun banyak adengan panas.

“Pertama kali saya dapat skrip ni saya sangat teruja sebab ini satu watak baru dan lain daripada yang saya pernah bawa sebelum ini. Walaupun ada babak daring, tapi saya lebih pentingkan pengajaran dalam cerita ini.

“Saya tahu, Jabatan Netizen Malaysia (JNM) akan menjalankan tugas mereka. Tetapi saya tak kisah sebab saya hanya bertugas dan menjayakan karakter tersebut di atas permintaan naskah dan juga untuk menampakkan perkara tersebut real.

“Isu yang kami ketengahkan dalam drama Rampas Cintaku ini benar terjadi di dunia nyata dan saya harap setiap penonton akan lebih terbuka minda sebelum mengkritik,” katanya yang ditemui di sidang media Rampas Cintaku di Dadi Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

Fasha mencabar bakat seninya dengan peranan baharu sebagai ahli perniagaan dan isteri kaya, yang tersepit di antara keinginannya dan maruah keluarga.

Watak Datin Safieya turut dikelilingi oleh beberapa lelaki antaranya Datuk Jefri lakonan Zarul Husin yang curang terhadap Datin Safieya. Sebaik mengetahui hubungan sulit suaminya, Datin Safieya merancang untuk membalas dendam dengan turut terlibat dengan kecurangan.

Rampas Cintaku dilancarkan secara global di platform iQIYI dan iQIYI International merentasi 191 negara dan wilayah pada 23 September 2022.

Melodrama tempatan ini menampilkan pelakon tempatan yang berbakat besar seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Aidil Aziz, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan:Β β€œSaya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi β€˜Anak Ikan’ Kepada…

Written by: Aqilah


Previous post