
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pengguna menggesa kerajaan menyenaraikan jenis produk luar negara dibeli dalam talian yang akan dikenakan cukai baharu seperti dicadangkan tahun depan.
Pindaan kepada Akta Cukai Jualan yang diluluskan pada Khamis menggesa cukai jualan 10% dikenakan ke atas barangan import bernilai rendah yang dibeli dalam talian dan dihantar ke Malaysia oleh vendor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun, Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM) berkata terdapat beberapa perkara yang kurang jelas mengenai barangan atau kelas barangan yang akan dikenakan cukai, yang berdasarkan budi bicara menteri kewangan.
“Persoalan besar yang masih tidak jelas ialah jenis produk yang diklasifikasikan sebagai barangan bernilai rendah (LVG),” kata Timbalan Presiden MCM Beninder…