Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jelita Gayakan Skirt Pendek Ketika Sambut Birthday, Warganet Tegur Azira Shafinaz

today4 October 2022

Background

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz tampil anggun ketika majlis sambutan hari jadinya yang ke-32.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik penyanyi itu, Azira bersama rakan-rakan terdekat meraikan hari ulang tahun di Tichuca, sebuah bar terkenal di Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, melihat kepada foto-foto tersebut, penampilan Azira yang lengkap mengenakan dress pendek berwarna perak (silver) didakwa seksi oleh segelitir warganet.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tampil menegur pemakaian dan aksi pelakon ini, malah ada yang menyifatkan imej digayakan Azira itu terlalu seksi dan seharusnya tidak dikongsikan di media sosial.

Terdahulu, Azira selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan mengunci mulut berhubung dakwaan netizen yang menyifatkan penampilannya kini semakin berani dan seksi.

Azira tidak mahu kenyataannya kelak disalah tafsir dan membuka lebih ruang buat netizen untuk terus mengecamnya.

 

Written by: Salma