Kadang-kadang kita diduga tanpa kita sedar.
Baru-baru ini, video sekumpulan kakitangan sebuah Hotel yang dimiliki Tabung Haji tular di media sosial gara-gara mencari passport salah seorang jemaah haji yang terbuang di dalam longgokan sampah.
Video itu dikongsikan oleh Penang Kini di lnstagram dan telah mendapat lebih 46K tontonan.
https://www.instagram.com/p/Bzuf0HFgGKi/
“Allah nak duga hamba2nya dgn pelbagai cara.. Nak menunjukkan yg Allah itu maha kaya…Pagi ni punya cerita , jemaah terbuang passport dlm tong sampah, satu flight kena tangguh.. Petugas THT, berlumus tungkus cari passport sampai semua tong2 sampai diperiksa…. Buat peringatan pada semua bakal2 Haji..pasport amat penting kena jaga selain dari keselamatan diri kita…,” tulisnya pada kapsyen.
Alhamdulillah, pencarian passport tersebut akhirnya berjaya apabila salah seorang daripada mereka menjumpainya.
Post comments (0)