
KUALA LUMPUR: Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri tidak membincangkan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh atas kelantangannya terhadap kontroversi KK Mart berkait stoking tertera perkataan “Allah”.
Selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi amaran semalam supaya tidak mengambil kesempatan atas isu itu, Akmal dilaporkan berkata Agong tidak berkata secara terang-terangan bahawa boikot patut dihentikan.
Fahmi memberitahu pemberita hari ini, ketika Jemaah Menteri membincangkan tindakan terhadap mereka yang melanggar titah raja dan terus memanjangkan isu itu, tiada perbincangan khusus mengenai mana-mana individu ketika mesyuarat semalam.
“Kita tidak bincang khusus mengenai mana-mana satu individu, tapi ia adalah secara umum kepada semua,” kata menteri…