PETALING JAYA: Dr Akmal Saleh menolak teguran tokoh perniagaan Ameer Ali Mydin yang tidak bersetuju dengan usaha beliau menggerakkan boikot terhadap rangkaian KK Mart berkait isu stoking tertera kalimah Allah.
“Ini isu akidah. Jauh lebih utama berbanding cakap soal ekonomi,” tegas ketua Pemuda Umno itu di TikTok.
Terdahulu, Ameer serta komuniti perniagaan bimbang tindakan Akmal menghangatkan isu itu walaupun selepas permohonan maaf dibuat boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta pasaran.
Mydin berkata isu kalimah Allah memang serius tetapi perkara berkenaan tidak perlu dibesarkan manakala parti politik patut menjauhi isu 3R (raja, kaum, dan agama).
Akmal bagaimanapun berkata beliau tidak memainkan isu 3R, dan tidak ada kaitan dengan latar belakang kaum mana-mana pihak.
“Tindakan tegas perlu diambil umat Islam,” katanya.
“Jika perkara ini berlaku dalam Mydin kita akan…