
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan catuan bekalan elektrik berjumlah 128 megawatt (MW) untuk grid elektrik Sabah dan Labuan pada hari ini dan esok berikutan penutupan kecemasan sebuah stesen janakuasa bebas (IPP).
SESB dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan bahawa situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak pada pukul 7 malam tadi iaitu 1,001MW.
“Margin rizab bekalan elektrik berada pada tahap 0MW. SESB memohon maaf kepada pengguna dan sedang berusaha menyelesaikan situasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikemas kini menerusi pemakluman seterusnya.
Dalam kenyataan tambahan, SESB memaklumkan 15.5% pengguna terlibat dengan catuan itu pada satu-satu masa dan dijalankan…