Pejam celik-pejam celik dah nak dekat hujung tahun dah kan?
Biasanya kanak-kanak berumur enam tahun akan dipakaikan jubah konvokesyen sebagai tanda kejayaan di tadika sebelum mereka melangkah masuk ke alam sekolah rendah.

Baru-baru ini, tular kisah seorang pengguna Twitter, Irwan yang berkongsi kisah sedih apabila keinginan seorang kanak-kanak untuk mengambil gambar selepas konvo tidak dapat dipenuhi oleh bapanya yang kurang berkemampuan.
Lepas konvo, ibubapa yg nak abadikan gambar anak, gi ke belakang kat backdrop khas. Masa melihat jurukamera menyediakan Ali untuk bergambar, ada sorang brader bertanya tentang pakej2 bergambar yg ada pada salesman…. pic.twitter.com/cwg2yK9XDg
— Irwan (@akuskizo) November 9, 2019
Irwan yang mengakui pernah mengalami fasa kesusahan dalam hidup kemudian tidak sampai hati melihat kanak-kanak itu berasa sedih lalu menghulurkan bantuan kepada keluarga susah itu.
Jom ikuti cerita ringkas oleh Irwan menerusi status Twitter miliknya.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan tindakan mulia jejaka ini kerana menceriakan hari kanak-kanak tersebut.
Sayu je rasa, alhamdulillah finansial status aku masih buat aku mampu bagi segala yang family nak, kadang nilai RM20 tu kecil je bagi kita, namun untuk mereka yang lain mungkin sangat besar dan bermakna. InsyaAllah kalau yang berkemampuan, terus bersedekah, rezki sure melimpah.
— Muhammad Hidayat (@hidayatzev) November 10, 2019
Sangat tersentuh..bole bayang perasaan tu. 😢
— iamMay (@SoniaHelmay) November 10, 2019
:’) kadang tolong orang bukan sebab kita banyak duit, tapi sebab kita pun pernah merasa susah. Goodjob bro.
— Hudot (@heyhudz) November 9, 2019
Apa ni buat mata org banjir ni 😭Alhamdullilah, thanks bro…spread more kindness & positivity
— Did U Get the Memo? (@_MsLolita) November 9, 2019
Terima kasih sudi gembirakan anak kecil dan seorang ayah ☺ semoga bahagia tu Allah pulangkan kembali kepada awak aamiin.
— ツ (@nuraqilah_yahya) November 9, 2019
Semoga artikel ini memberi inspirasi untuk kita sentiasa berbuat baik sesama manusia dan semoga Irwan dimurahkan rezeki selalu.
Post comments (0)