
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan penglibatan pegawainya dalam sindiket ‘lesen terbang’ seperti ditularkan menerusi hantaran dimuat naik oleh pemilik satu akaun Twitter.
Ketua Pengarah Zailani Hashim berkata pemilik akaun berkenaan berkongsikan tangkap layar akaun Instagram menggunakan nama Smart Driving Academy, dipercayai menawarkan khidmat mendapatkan lesen dengan kadar bayaran rendah tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.
“Modus operandi ini sering kali digunakan sindiket melalui platform media sosial dengan mempromosikan iklan ‘lesen terbang’ selain menggunakan gambar Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk meyakinkan orang ramai membuat bayaran sebelum sindiket bertindak menghilangkan diri.
“Kenyataan di tangkap layar itu turut menyatakan pihak Smart Driving Academy menjalankan kegiatan tersebut dengan penglibatan pegawai atasan JPJ selain pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya…