Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jual petroleum Iran, AS laksana sekatan ke atas firma Malaysia

today9 February 2023

Background



Jabatan Perbendaharaan AS dilapor melaksanakan sekatan ke atas Sense Shipping and Trading Sdn Bhd. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan terhadap sebuah syarikat Malaysia atas dakwaan terbabit dalam pengeluaran, penjualan dan penghantaran  petrokimia serta petroleum Iran bernilai ratusan juta dolar.

Reuters melaporkan Jabatan Perbendaharaan AS melaksanakan sekatan ke atas Sense Shipping and Trading Sdn Bhd.

Turut dikenakan sekatan oleh AS ialah dua syarikat Singapura, Asia Fuel Pte Ltd dan Unicious Energy Pte Ltd, serta enam pengeluar petrokimia berpangkalan di Iran.

Washington mendakwa Asia Fuel membantu penghantaran produk petroleum bernilai jutaan dolar kepada pelanggan di Asia Timur.

“Iran beralih kepada pembeli di Asia Timur untuk menjual produk petrokimia dan petroleumnya yang melanggar sekatan AS,” kata Brian Nelson, setiausaha rendah bagi perisikan keganasan dan kewangan Jabatan Perbendaharaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post