Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Juliana Evans Tunai Umrah Bersama Suami

today4 October 2019

Background

Pelakon dan pengacara jelita Che’ Puan Juliana Evans dan suaminya Tengku Sharifuddin Shah selamat tiba di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Perkara berkenaan dikongsi menerusi ruangan Instastory miliknya yang memohon maaf kepada semua kenalan sekiranya terdapat salah silap atau kekhilafan yang dilakukan selama ini.

“Kami dapat menjadi tetamu Allah tahun ini untuk mengerjakan umrah. Mohon ampun semua jika ada salah silap,” tulisnya.

Pelakon yang popular menerusi telemovie Kami 30 itu turut terpaksa meninggalkan anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang berusia tiga bulan buat sementara waktu.

Rata-rata rakan selebriti dan peminatnya turut mengucapkan syukur dan berharap supaya pasangan tersebut akan memperoleh umrah yang mabrur.

https://www.instagram.com/p/B3JICUDFe6O/

Written by: Azra Azuar


Previous post

Geng Pagi Hot

Shuk ada tabung tersembunyi

GPH masih meneruskan challenge Bulan Sukan Negara guys! Walaupun cara guna tu salah, diorang masih effort tau nak bersukan everyday. Baeklah GPH! Kita tengok macam mana diorang punya hal untuk hari hari next pulak ye.

today4 October 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *