Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah mangsa banjir 3 negeri meningkat

today18 October 2024

Background


Agensi Pengurusan Bencana Negara memberitahu keadaan banjir di Kedah dan Pahang beransur pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Perlis dan Selangor meningkat manakala banjir di Kedah serta Pahang beransur pulih setakat 8 malam ini.

Di Perak, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 12 PPS meningkat kepada 1,587 orang berbanding 1,459 orang petang tadi.

Keadaan sama direkodkan di Perlis dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 47 orang berbanding 28 orang, sementara di Selangor mangsa yang berlindung di PPS sedikit bertambah kepada 117 orang berbanding 105 orang, petang tadi.

Banjir di Kedah pula beransur surut dengan merekodkan 137 mangsa masih ditempatkan di satu PPS di Kota Setar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post