
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat, melibatkan keseluruhan 24,733 mangsa malam ini, berbanding 26,914 orang tengah hari tadi.
Menurut laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di negeri terbabit menurun kepada 101 PPS setakat 8 malam ini, berbanding 131 PPS tengah hari tadi.
Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi ditempatkan di PPS melibatkan 20,969 orang daripada 6,615 keluarga, diikuti Terengganu dengan 3,432 individu daripada 951 keluarga, Pahang (278 orang daripada 72 keluarga) dan Johor (54 mangsa daripada 14 keluarga).
Menurut laporan itu, jumlah mangsa di Kelantan menurun kepada 20,969 orang berbanding 21,252 orang tengah hari…