Tambah beliau lagi, BNM telah mendedahkan bahawa syarikat insurans hayat perlu menaikkan premium insurans perubatan tahun hadapan untuk mengimbangi kenaikan kos perubatan yang besar iaitu sebanyak 15 peratus di Malaysia pada 2025, berbanding kenaikan kos perubatan global sebanyak 10 peratus dan 11.1 peratus di rantau Asia Pasifik.
“Kegagalan dalam mengawal kos oleh industri insurans hayat dan kesihatan swasta di Malaysia menimbulkan tiga persoalan tentang akauntabiliti awam untuk pengawal selia di KKM dan BNM.
“Tiga persoalan akauntabiliti awam timbul, pertamanya, mengapa premium insurans perubatan perlu dinaikkan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun hadapan, yang jauh lebih tinggi daripada kenaikan kos perubatan kasar sebanyak 15 peratus.
“Kedua, apa sebab-sebab utama yang membenarkan kos perubatan kasar melambung dan meningkat pada kadar yang lebih tinggi berbanding negara jiran serantau kita dan global.
“Ketiga pula, mengapa kegagalan dalam mengawal kos perubatan ini perlu…
