
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Sabah menggesa kerajaan mengkaji semula jumlah elaun anggota bomba termasuk Bayaran Insentif Bomba (BIB) sebanyak RM110 sebulan, mengambil kira risiko tugas dan cabaran kos hidup semasa.
Suhaimi Nasir (BN-Libaran) berkata, walaupun kerajaan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bermula 1 Dis ini, elaun khusus untuk anggota bomba tidak disentuh.
Malah, katanya, elaun untuk anggota bomba tidak pernah ditambah baik sejak sekian lama.
“Bayaran elaun seperti BIB pada kadar RM110 bagi 12 jam tidak lagi relevan dan perlu dikaji semula dan dinaikkan sesuai dengan keadaan semasa.

“Elaun Perkhidmatan Bomba pada kadar RM200 serta elaun Operasi Hazmat pada kadar RM30 bagi setiap operasi juga amat tidak sesuai memandangkan mereka…