Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kak Mitch Tebalkan Muka…” – Misha Omar

today8 October 2019

Background

Penyanyi Misha Omar menyifatkan peluang menjadi juri jemputan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai salah satu kenangan terindah buatnya.

Ini kerana, Siti juga pernah menjadi juri jemputan ketika Misha sendiri yang membuat persembahan.

“Setiap kali ada peluang show sama-sama, walaupun tak nyanyi sama-sama, waktu rehersal atau soundcheck, saya akan tetap bertanya pendapat Siti mengenai persembahan sendiri.”

Misha turut mengenang kembali saat lagu nyanyiannya, Bunga Bunga Cinta memenangi Anugerah Juara Lagu ke 18 pada tahun 2003.

“Melompat peluk Siti sebab terperanjat, terharu, sebab masa tu Siti yang banyak memberi semangat, padahal dia pun bertanding…”

Menerusi muat naik di Instagram Misha, penyanyi itu turut memberi penghormatan kepada juri-juri otai seperti Ziana Zain, Liza Hanim dan Ella yang selalu memberi tunjuk ajar.

“Amy Search pun kak Mitch tebalkan muka tanya pendapat tanya ilmu, dengan harapan untuk maju dalam industri…”

Misha turut memberi nasihat kepada penyanyi-penyanyi baharu agar menggunakan ilmu yang diberikan kepada mereka dengan sebaik-baiknya, dan pandai membawa diri dengan bijak.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *