Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kaka Azraff Umum Jantina Anak Sulung, It’s A…

today24 September 2019

Background

Layan ku macam princess
Hadiahkan aku diamonds
Cintamu bukan preset
Penuh dengan surprises.

Haa…kalau korang nak tahu itulah antara lirik lagu terbaru daripada penyanyi, Kaka Azraff berjudul Diamonds.

Chuppp! Sebenarnya kita bukan nak sembang pasal lagu, tapi kali ni pasal surprise dari Kaka buat peminat kesayangan tentang jantina anak sulungnya.

Untuk pengetahuan, kandungan Kaka kini sudah berusia lapan bulan dan pada Ahad lalu, Kaka beserta suami, Adam Azriff telah meraikan majlis baby shower di sebuah kafe di Subang dengan cukup meriah!

Terdahulu, menerusi perkongsian Insta Stories rakannya kelihatan Kaka mula ‘memecahkan’ belon berbentuk berlian, lalu cebisan kertas berwarna biru jatuh bertaburan.

Warna biru adalah simbolik bayi lelaki, manakala warna merah jambu pula simbolik bayi perempuan. Jadi, dah tahu kan apa jantinanya?

Tahniah Kaka yang bakal dapat baby boy! Semoga dipermudahkan urusan bersalin anak sulung nanti. Aminnn…

https://www.instagram.com/p/B2vj6hWDpdg/

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *