Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kakak Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

today23 December 2021

Background



Jenazah Dayang Mastijah Openg akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kakak kepada Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg meninggal dunia malam tadi akibat sakit tua.

Berita Harian melaporkan Dayang Mastijah Openg, 89, meninggal dunia di kediamannya di Seri Minangkabau 1, Jalan Muhibbah, Kuching pada 8.30 malam Rabu.

Pejabat Ketua Menteri memaklumkan, jenazah anak bekas Yang di-Pertua Sarawak pertama itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya hari ini.

Dayang adalah anak kedua daripada 10 beradik.

Pada 10 Jun lalu, seorang lagi abang kepada Abang Johari, iaitu Abang Abdul Rahim, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, akibat serangan jantung.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post