Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Kalau Ada, Adalah… Saya Tak Memaksa Keadaan” – Bersedia Nak Kahwin Lagi, Ellie Suriaty Serah Soal Jodoh Pada Allah

today30 May 2024

Background

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengakui dirinya sudah terbuka dan sangat bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Namun begitu, bekas isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini menyerahkan segalanya pada ketentuan Illahi dan tidak mahu memaksa keadaan.

“Ya mesti. Saya suka alam perkahwinan. Pada saya, ia sesuatu alam yang sangat suci tetapi saya tidak memaksa untuk keadaan itu berlaku.

“Itu semua dengan izin Allah Taala. Kalau Allah kata tak ada, tak adalah nak buat macam mana,” katanya dalam temu bual bersama Melodi TV3.

Sementara itu, Ellie turut meluahkan rasa teruja apabila dia menjadi ‘orang kuat’ mewakili pihak lelaki selain turut terbabit dalam persediaan perkahwinan Azri bersama pilihan hatinya, Datuk Noora Kay.

“Saya tumpang gembira untuk Azri dan saya doakan yang terbaik.

“Saya harap bakal isteri dia dapat menerima apa yang kita lakukan bukan untuk mengatakan sebaliknya tetapi semata-mata wakil pihak lelaki itu sahaja,” ujarnya lagi.

Sudah reda dan akur dengan takdir Allah SWT atas terlerainya rumah tangga mereka, Ellie bagaimanapun berkata dia mahu Azri terus berada dalam kehidupannya demi anak-anak mereka.

“Saya lebih selesa untuk kami bersaudara. Sangat penting untuk kita mengekalkan persaudaraan. Saya anggap Azri sebagai sebahagian daripada kehidupan kita.

“Saya tak boleh membenci dia dan dia adalah bapa kepada anak-anak saya.

Tetapi adalah lebih baik untuk kita meneruskan perhubungan ini sebagai saudara.

“Insya-Allah kalau saya ada jodoh dengan orang lain, saya juga nak dia terlibat dan akrab dengan teman lelaki saya pada masa akan datang. Saya cakap ni supaya jangan fikir saya akan balik semula dengan Azri lah. Kita hormati ruang masing-masing,” tambahnya lagi.

Pada 17 Mei lalu, Ellie dan Azri disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas 19 tahun bergelar suami isteri.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Artikel Berkaitan: Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk, Ellie Suriaty & Anak-Anak Gembira – “Suka Tengok Mereka Berdua”

Artikel Berkaitan: Dedah Azri Iskandar Bakal Kahwin Tahun Ini, Ellie Suriaty Percaya Datuk Noora Kay Mampu Bahagiakan Bekas Suami

Sumber: Melodi TV3 

Written by: Aqilah


Previous post