Connect with us

Inspirasi

“Kalau Aku Terpaksa Lepaskan Benda Yang Aku Sayang, Aku Akur”- Pengakuan Khalid Jamlus Menjual Kasut Emas

Bersabarlah…

Published

on

“Siapa yang tidak sayangkan koleksi berharga itu namun terpaksa dilakukan demi meneruskan kehidupan apabila tidak mempunyai pendapatan tetap selama tiga tahun,”-Khalid Jamlus

Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar.

Tambahan lagi, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media menjadi kritikan netizen.

Isu bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya membuatkan kami di Hot FM terpanggil untuk bertanyakan perkara sebenar terhadap bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus pada 13 Julai 2020.

Penyampai Hot FM Fizie dan Shuk bersama Khalid Jamlus yang hadir ke konti Hot FM bersama kasut emasnya.

Geng Pagi Hot (GPH), sempat bertanya mengenai perkembangan Khalid Jamlus, di mana beliau menceritakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir ke semua aktivitinya terbatas, menyebabkan beliau hilang punca pendapatan. Sebelum PKP, beliau sempat menjadi coach untuk Soccer Ace FC dan PDRM.

Apabila ditanya Geng Pagi Hot (GPH) mengenai punca Khalid membuat keputusan untuk menjual kasutnya, Khalid menjawab

“Secara jujur, aku ni tak reti nak jadi hipokrit. Ini untuk melangsungkan kehidupan aku”

“Bila aku memikirkan keadaan mak dan ayah yang tak berapa sihat, dan aku pula anak sulung, tercetus lah idea di situ”

Mengatakan punca dia menjual kasut emas itu adalah kerana ingin menyara hidupnya dan demi ibu dan ayahnya yang sudah tidak sihat, Khalid terpaksa membuat keputusan itu.

Tetap jual Kasut Emas: "Masa saya susah tiada siapa yang bantu ...

Khalid juga mengucapkan terima kasih terhadap Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, kerana membantu beliau.

Kami di Hot FM mendoakan semoga Khalid terus kuat untuk mencari rezeki dan semoga diberi peluang yang baru di masa hadapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di