Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Kalau Saya Rembat Kepala Awak Boleh?” – Gara-Gara Usik Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Pengguna Twitter

today9 June 2022

Background

Tular di Twitter, seorang pengguna aplikasi tersebut membuat satu ciapan berani mati yang menunjukkan rasa geram terhadap Jebat Jayden hingga mahu merembat kepalanya.

Ciapan tersebut telah menarik perhatian orang ramai termasuk ayah kepada Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi ciapan tersebut, pemilik akaun @Anisafka membuat ciapan yang mengundang pada Rabu.

“Anak Sharnaaz si Jebat tu kalau aku rembat kepala dia eiii,” tulis gadis itu.

Tidak berdiam diri, pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tampil membalas ciapan gadis tersebut dengan bertanyakan kenapa dan bolehkah dia merembat semula kepala gadis tersebut.

“Kenapa ya? Kalau saya rembat kepala awak boleh? Bagitau bila boleh?” balas Sharnaaz.

Memetik daripada laporan OhBulan, Sharnaaz memberi cadangan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkan setiap pemilik media sosial menggunakan maklumat yang sahih. Cadangan yang dilontarkan adalah untuk memastikan aktiviti ‘keyboard warrior’ dapat dibanteras daripada meluahkan kata-kata yang negatif.

“Mudah saja.. Kerajaan perlu wartakan setiap pengguna media sosial perlu berdaftar supaya pemilik akaun adalah pemilik satu entiti yang mudah dikenal pasti dan bukan akaun palsu.

“Jadi mudah pihak berkuasa tangani masalah keyboard worrior dan ancaman pada individu lain.. Contoh seperti budak spender (seluar dalam) pun mak beli. Kerajaan perlu lebih peka. Ini untuk kebaikan semua.” ujarnya.

Walaubagaimanapun, ciapan hangat tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut malah akaunnya juga ditetapkan dalam mod privasi.

Sekadar info, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah berkahwin pada Mac 2017 namun tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Julai 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 4.

Sumber: OhBulan

Written by: Salma


Previous post