Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Tak Nak Bayar Saman RM50 Sehingga Sanggup Lenyek ‘Clamp’… Netizen Dakwa Pemandu Ego!

today9 June 2022

Background

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai satu video yang memaparkan pemandu Honda CR-V secara berkeras tidak mahu membayar denda clamp tayarnya berjumlah RM50 gara-gara meletakkan kenderaan di kawasan larangan parkir.

Susulan itu, akibat emosi melampau yang melanda dirinya kerana di clamp, pemandu tersebut membuat tindakan melulu dengan mengundur keretanya dalam keadaan tayar masih dikenakan clamp.

Video yang tular di ruangan media sosial Twitter itu mengundang perdebatan netizen di mana mereka masing-masing mengkritik perbuatan pemandu tersebut yang dikatakan sangat egois.

Menerusi video tersebut, kereta Honda CR-V bukan sahaja mengalami keroskan di fender serta komponen kereta yang lain, malah turut merosakkan clamp berkenaan.

Tinjauan di ruangan balas ciapan yang tular itu dibanjiri dengan komen-komen netizen yang meluahkan rasa berang mereka melihat perangai pemilik kereta Honda CR-V itu yang tidak memikirkan kesan kerosakkan terhadap keretanya.

Semasa artikel ini ditulis ciapan tersebut telahpun meraih sebanyak 300,000 tontonan, 3,000 ulang kicau dan lebih 4,000 tanda suka.

Written by: Salma


Previous post