Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kami bukan parti kecil lagi, PBRS mahu agihan kerusi lebih adil

today18 October 2022

Background



Setiausaha Agung PBRS, Richard Kastum berkata, parti itu berjaya menarik kemasukan ramai pemimpin kanan parti lawan serta permohonan ribuan keahlian baharu.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berharap mendapat pengagihan kerusi lebih adil untuk ditandingi parti itu pada pilihan raya umum ke-15 daripada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya, Richard Kastum berkata, hasrat itu diputuskan dalam mesyuarat tertinggi parti itu hari ini dan akan dibawa ke perbincangan dengan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh terdekat.

“PBRS bukan lagi parti kecil seperti yang dianggap sebelum ini. Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak, PBRS berjaya menarik kemasukan ramai pemimpin kanan parti lawan serta permohonan ribuan keahlian baharu.

“Ia menjadikan keahlian PBRS berlipat kali ganda dan jumlah bahagian PBRS bertambah, dengan bahagian PBRS telah ditubuhkan hampir di setiap DUN di Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum Parlimen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post