Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kami Menanti Baby Girl Next Year” – Amyra Rosli

today23 December 2019

Background

Pasangan selebriti popular Amar Baharin dan Amyra Rosli akhirnya mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan pada Februari tahun depan.

Perkara itu diumumkan pada majlis memperkenalkan jantina bayi yang diadakan di Delicious, Bangsar Village, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Menerusi laman Instagram Amyra, dia mengucapkan syukur serta berterima kasih kepada semua kenalannya yang hadir pada majlis berkenaan.

https://www.instagram.com/p/B6V1W10JPK0/

Imbas semula, Amyra telah mengesahkan dirinya hamil anak kedua pada Ogos lalu sempena ulang tahun Amar yang ke-34.

Pasangan ini telah berkahwin pada 2016 dan memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun dua bulan.

Semoga Amyra dan bayi diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *