
HULU LANGAT: Mohd Shafik Jelani yang tinggal di sini hanya mampu termenung melihat tapak kosong yang minggu lalu masih berdiri rumah dibinanya bersama isteri sejak 10 tahun lalu, tetapi musnah dihanyutkan arus deras dalam sekelip mata akibat banjir kilat.
“Saya hanya tinggal sehelai sepinggang selepas banjir, rumah habis hanyut, tinggal batu tangga sahaja, sebuah kereta, dua motor, barang-barang dalam rumah musnah dalam sekelip mata.
“Tipu kalau kata kami sekeluarga tak tertekan memikirkan harta yang hilang, nak kumpul balik bukan mudah. Ia semua harta sepencarian saya dengan isteri sejak mula berkahwin pada 2011,” katanya yang tinggal di Kampung Batu 17 Paya Seberang, Hulu Langat.
Beliau yang menganggarkan mengalami kerugian lebih RM300,000 berkata, Kampung Batu 17 antara kawasan paling teruk terjejas, selain Taman Sri Nanding.
“Orang ingat Taman Sri Nanding sahaja teruk terjejas, tapi kawasan kami sama juga. Kami terputus talian telefon,…