Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Kami Yang Rapat Belajar Erti Cinta” – Mimi Fly Dedah Perbualan Terakhir Dengan Arwah Jojo One Nation Emcee

today27 January 2025

Background

Penyanyi, Mimi Fly sebak mengenangkan pemergian rakan seperjuangan salah seorang anggota One Nation Emcees, Allahyarham Jojo yang telah meninggal dunia pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mimi memuat naik tangkap layar menunjukkan perbualan terakhir bersama Jojo atau nama penuhnya, Nur Hasan Baias, 50.

Dalam perbualan tersebut, Jojo berkata dia terlalu menyukai lagu baharu Mimi berjudul Angkat sehingga terngiang-ngiang.


Dalam pada itu, Mimi turut menyifatkan sahabatnya tidak pernah berkasar dengan orang lain.

”Selamanya insan yang saya sayang. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. Awak sayang semua orang.

“Awak sikit pun tak pernah berkasar dengan orang. Kami yang rapat dengan Jojo banyak belajar apa itu cinta,” katanya.

Mimi berkongsi tangkap layar berkenaan menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Allahyarham Jojo disahkan meninggal dunia di Masjid Sri Petaling selepas usai bacaan doa ta’alim pada Ahad.

Allahyarham Jojo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil pada jam 6:45 petang, semalam.

Artikel Berkaitan: Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid Ketika Usaha Dakwah

Written by: Aqilah


Previous post