
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim membidas kenyataan bekas peguam negara, Tommy Thomas yang menyifatkan barisan peguam Najib Razak ‘membunuh diri’ dan seperti ‘kamikaze’ kerana tidak membuat hujahan bagi pihak bekas perdana menteri itu.
Sebaliknya, kata Zaid, gelaran ‘kamikaze’ lebih sesuai diberikan kepada Thomas kerana mendakwa beliau mengakibatkan masalah tuntutan Sulu terhadap aset negara bernilai berbilion ringgit.
“Dia (Thomas) kata peguam-peguam najib ni macam ‘suicidal’ dan ‘kamikaze’, sebab dia kata mana ada dalam (negara) Komanwel peguam tidak mahu membuat hujahan bagi pihak kliennya (anak guam), membuat hujah mempertahankan klien sehinggakan klien terpaksa masuk penjara.
“Sebenarnya tajuk ‘kamikaze’ ini…