
PETALING JAYA: Amanah Selangor kekal dengan pendirian tidak akan menyerahkan kerusi Kota Raja biarpun Tengku Zafrul Aziz menyertai Pakatan Harapan (PH).
Timbalan Pengerusi Azli Yusof berkata, jika menteri pelaburan, perdagangan dan industri menyertai PKR, maka parti itu perlu menyerahkan salah satu kerusinya.
“Secara logiknya jika Tengku Zafrul masuk PKR sebagaimana yang diberitakan, maka kerusi PKR yang harus diberikan untuk diisi Tengku Zafrul.
“(Amanah) nak beri macam mana, bukan Tengku Zafrul nak masuk Amanah,” katanya kepada FMT, mengulas status kerusi Parlimen Kota Raja pada PRU16 jika benar Tengku Zafrul menyertai PKR.
Tengku Zafrul adalah ketua Umno bahagian Kota Raja yang mana kerusi Parlimen itu disandang Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu iaitu presiden Amanah, rakan komponen dalam kerajaan perpaduan.
Ketika berucap…