Ini Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim.

Tahun ni, dia berusia 4 tahun.
Dan Haryz telah mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global, Mensa.
Haryz memiliki IQ sebanyak 142 dalam ujian Stanford Binet, dan ditawarkan menjadi ahli persatuan itu pada 14 Januari 2020 yang lalu.

Menurut ibunya Nur Anira Asyikin Hashim, 30 tahun berkata, dia dan suaminya mengesan kelebihan Haryz ketika dia boleh membaca buku seawal usia 2 tahun.
Menurutnya, Haryz yang dilahirkan di United Kingdom gemar membaca buku dan tidak akan tidur sebelum menghabiskan sekurang kurangnya 2 buah buku.

Kedua ibu bapa Haryz yang kini menetap di Durham, UK dan mempunyai latar belakang kejuruteraan tidak menyangka anak mereka mempunyai bakat walaupun masih kecil.

Haryz gemar membaca buku-buku karya Julia Donaldson seperti Zog, The Gruffalo dan The Gruffalo Child.
Menurut ibu Haryz,
“Setiap kali membacakan cerita, dia akan cuba mengingati keseluruhan cerita tersebut dan menceritakan semula kepada kami.”
Ibunya mula memahami tentang kelebihan Haryz apabila diberitahu oleh guru sekolahnya selepas melihat kelakuan anaknya yang berlainan daripada kanak kanak lain.

Dan pihak sekolah memberi cadangan agar Haryz dirujuk kepada pakar untuk mengetahui tahap IQ.
“Kami dimaklumkan gurunya bahawa dia lebih cerdas berbanding kanak kanak lain dan mereka bercadang menempatkan Haryz di kelas yang lebih berumur ketika sesi pembelajaran Bahasa Inggeris.”
Post comments (0)