Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kapal pasang kabel komunikasi dikecuali dasar kabotaj mulai 1 Jun

today29 May 2024

Background


ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, syarikat teknologi menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif bagi menggalakkan pelaburan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di Malaysia dikecualikan daripada dasar kabotaj berkuat kuasa 1 Jun.

Kementerian Pengangkutan mengumumkan menterinya, Loke Siew Fook, menandatangani warta itu yang bertujuan menggalakkan pelaburan dalam prasarana teknologi internet.

“Sejak 2020, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.

“Kerajaan komited dalam memacu pembangunan infrastruktur digital negara,” kata Loke, menurut kenyataan.

Pada 1 Mac lalu dilaporkan kerajaan bersetuju melaksanakan pengecualian berkenaan susulan pelbagai sesi libat urus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post