
SINGAPURA: Seorang pekerja subkontraktor rakyat Malaysia yang dirawat di ICU Hospital Besar Ng Teng Fong menjadi korban kedua dalam insiden terhidu gas beracun di Loji Rawatan Air Choa Chu Kang minggu lepas.
Jurucakap Agensi Air Nasional Singapura (PUB) berkata, lelaki berusia 24 tahun yang bekerja untuk PUB Stargroup Est itu meninggal dunia akibat kecederaannya kira-kira 10 malam semalam.
Sementara itu, seorang warga Malaysia berusia 39 tahun yang turut terlibat dalam kejadian itu dipindahkan dari ICU semalam dan berada dalam keadaan stabil.
Dalam kejadian pada 23 Mei lepas, tiga pekerja subkontraktor asing ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu gas hidrogen sulfida semasa melakukan pembersihan tangki rutin di loji rawatan air tersebut.
Seorang pekerja disahkan meninggal dunia di hospital pada hari yang…