Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kapsyen Ifan Seventeen Untuk Arwah Isteri Undang Sebak

today6 November 2019

Background

Ingatkah anda pada bencana tsunami yang terjadi di Selat Sunda, Indonesia pada 22 Disember tahun lalu?

Tragedi mengejutkan itu mengorbankan Dylan Sahara, iaitu isteri kepada vokalis kumpulan Seventeen, Ifan.

Ketika itu, mereka sedang mengadakan persembahan untuk satu konsert sementara Dylan berada di belakang pentas sebelum Tsunami menyerang.

Dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi turut terkorban.

Menerusi laman Instagram Ifan, dia ada memuat naik video kenangan bersama arwah isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3.

Kapsyen yang ditulis ternyata mengundang rasa sebak.

https://www.instagram.com/p/B4WGqV8Dy2F/

Tepat 3 tahun yang lalu, ditanggal ini aku mengucap janji kepada Allah untuk selalu menemanimu dalam suka dan duka sampai maut memisahkan.

Happy 3rd anniv sayang @dylan_sahara insyaAllah nanti kita rayain anniv kita lagi di surganya Allah. Tunggu aku disana ya ❤️,” tulisnya.

Rata-rata peminatnya turut terkesan dengan video yang dikongsi lalu mendoakan Ifan agar terus kuat dan mendapat kebahagiaan.

 

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *